APRIL 2023

Pesanan Pengasas Parti PBB


LAWAS: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan mengadakan kunjungan Aidilfitri terhadap pengasas Parti Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di sini.

Beliau ialah Dato Pengiran Jawa Pengiran Amjah yang kini berusia 96 tahun, antara dua individu penting yang telah mengembangkan Parti PBB dari Kuching ke Lawas seawal 1962.

Ketika kunjungan itu, Pengiran Jawa berpesan kepada pemimpin 

parti supaya tidak berpecah belah kerana kuasa.

"Jika kita berpecah dalam parti kerana kuasa, maka kesannya ialah seluruh Sarawak akan berpecah seperti yang kita lihat di Semenanjung," katanya.

Katanya, Sarawak telah membuktikan perjalanan parti dan negeri ini sempurna dan lancar.

Ini dapat disaksikan setiap kali berlaku peralihan kuasa kerana pemimpin dalam parti sedar bahawa mereka perlu menjaga Sarawak dengan baik.

Isteri Datuk Amar Awang Tengah,  Dato Dayang Morliah Datuk Awang Daud dan Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong hadir sama.

Sumber dari : Jiwa Bakti